SYARAT PINJAMAN UBAHSUAI DARI BAHAGIAN PERBENDAHARAAN PINJAMAN PERUMAHAN MALAYSIA
2. Syarat-Syarat Pinjaman/Pembiayaan Bagi Pembelian Harta Kedua
1.
|
Syarat-Syarat Asas
| |
Kakitangan Kerajaan berjawatan tetap
| ||
Warganegara Malaysia
| ||
Borang permohonan dikemukakan 6 bulan sebelum bersara/tamat perkhidmatan
| ||
Berkhidmat sekurang-kurang 1 tahun
| ||
Telah disahkan dalam jawatan
| ||
Bukan seorang bangkrap @ siberhutang hukuman @ pemakan gaji tidak berkemampuan @ sedang dalam tindakan tatatertib
| ||
Melalui
Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 10 Tahun 2005 yang berkuat kuasa
mulai 1 Januari, 2006, semua Anggota Kerajaan yang telah selesai
hutang pinjaman pertama adalah dibenarkan membuat permohonan pinjaman
perumahan untuk membeli harta kedua bagi semua jenis Pinjaman Perumahan
Perbendaharaan (Jenis I, II, III, IV dan V ) tertakluk kepada
syarat-syarat seperti berikut :
| ||
(i)
|
Kelayakan pinjaman harta kedua adalah seperti berikut:-
| |
(a)
|
Pegawai bertaraf jawatan tetap dan berpencen
| |
Jumlah
pinjaman atas baki kelayakan semasa iaitu amaun perbezaan di antara
kelayakan semasa dengan pinjaman pertama dan tertakluk kepada ansuran
bayaran balik bulanan tidak melebihi 50% dari anggaran pencen yang akan
diterima
| ||
Bagi
menentukan kelayakan pinjaman berdasarkan ansuran bayaran balik tidak
melebihi 50% dari pencen, kaedah pengiraan pencen adalah seperti berikut
:-
1 _ X Gaji pokok semasa X 300 bulan.
600 | ||
(b)
|
Pegawai bertaraf jawatan tetap dan mencarum kepada KWSP.
| |
Jumlah pinjaman atas baki kelayakan semasa iaitu amaun perbezaan di antara kelayakan semasa dengan pinjaman pertama.
| ||
(ii)
|
Bayaran
Wang Proses adalah RM 2.00 bagi setiap RM 1,000 pinjaman yang dipohon
tertakluk kepada tiap-tiap ribu ringgit yang hampir ( RM 500 dan ke
atas dikenakan tambahan RM 2.00 )
| |
(iii)
|
Tempoh
maksima bayaran balik pinjaman adalah 20 tahun bagi peminjam yang
berpencen. Bagi peminjam yang mencarum kepada KWSP pula tempoh bayaran
balik adalah terhad kepada umur persaraan wajib.
| |
(iv)
|
Bagi
pinjaman jenis IV ( Pembelian tanah untuk tujuan mendirikan rumah di
atasnya ) kelayakan maksima adalah tidak melebihi 50% dari kelayakan
semasa dan tempoh maksima bayaran balik adalah 10 tahun
| |
(v)
|
Peminjam
diwajibkan mengambil Insurans/Takaful Gadai janji dan Insurans/Takaful
pemilik rumah kediaman yang disediakan oleh Pihak Berkuasa memberi
pinjaman.
| |
(vi)
|
Kadar faedah Bayaran Balik Pinjaman adalah 4% setahun.
| |
(vii)
|
Permohonan hendaklah sampai ke BPP tidak lewat dari 6 bulan sebelum tarikh persaraan bagi peminjam yang berpencen sahaja.
| |
(viii)
|
Borang setuju terima pinjaman
hendaklah dilengkapkan dan dikembalikan kepada BPP dalam tempuh (3)
bulan dari tarikh surat kelulusan pinjaman dikeluarkan. Sekiranya
borang tersebut tidak diterima dalam tempoh yang ditetapkan kelulusan
pinjaman perumahan tersebut akan ditarik balik / dibatalkan secara
automatik.
| |
(ix)
|
Syarat-syarat
dan peraturan lain sepertimana yang terkandung di dalam Pekeliling
Perbendaharaan Bil. 10/94 dan Bil.6/95 masing-masing dan pindaan-pindaan
kepada kedua-kedua nya adalah tidak berubah dan masih berkuat kuasa
dari semasa ke semasa.
| |
3. | Syarat-Syarat Pinjaman/Pembiayaan Bagi Kerja-Kerja Ubahsuai Rumah | |
(i)
|
Permohonan
membuat pinjaman / pembiayaan untuk kerja-kerja ubahsuai rumah hanya
dibenarkan bagi harta yang telah dibeli melalui pinjaman / pembiayaan
perumahan perbendaharaan sahaja.
| |
(ii)
|
Permohonan
hanya boleh dibuat selepas 5 tahun dari tarikh surat kelulusan bagi
pinjaman / pembiayaan Jenis 1 dan Jenis V ATAU 5 tahun dari tarikh
pengeluaran bayaran 95% / 100% dikeluarkan bagi pinjaman / pembiayaan
Jenis II dan Jenis III.
| |
(iii)
|
Pemohon
atau ‘spouse‘ ( bagi pinjaman / pembiayaan bersama ) yang masih
mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman / pembiayaan tidak layak
dipertimbangkan.
| |
(iv)
|
Permohonan pinjaman / pembiayaan bagi kerja-kerja ubahsuai rumah hanya dibenarkan sekali sahaja.
| |
(v)
|
Amaun
pinjaman / pembiayaan adalah perbezaan di antara kelayakan semasa
(mengikut gaji hakiki) dengan amaun yang telah diambil atas pembelian
harta terdahulu, tidak termasuk Perlindungan Takaful / Insurans
Gadaijanji dan Pemilik Rumah.
| |
(vi)
|
Bagi pemohon yang memilih skim jawatan tetap dan berpencen, tempoh maksima bayaran beliau adalah tidak lebih dari 25 tahun.
| |
(vii)
|
Bagi
pemohon yang memilih skim jawatan tetap dan mencarum KWSP, tempoh
maksima bayaran balik adalah baki tempoh berkhidmat sebelum tarikh umur
persaraan wajib.
| |
(viii)
|
Pemohon
hendaklah melantik Pemegang Pertaruhan dengan mengemukakan Akujanji
Pemegang Pertaruhan seperti Format Borang 4A/2000 ( Kes Assignment) atau
4B/2000 ( Kes Gadaian ).
| |
(ix)
|
Pemohon
hendaklah mengemukakan Laporan Penilaian kepada Pejabat Penilaian dan
Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan di mana harta berada mengikut
Format Borang 1/2000.
| |
(x)
|
Jika
Hakmilik telah dicagarkan kepada mana-mana Institusi Kewangan selain
daripada Kerajaan Malaysia sebagai Pemegang Gadaian kedua, pemohon perlu
mendapat surat pengesahan daripada Institusi Kewangan berkenaan
terlebih dahulu yang bersetuju untuk menangguhkan gadaian bagi
membolehkan Kerajaan Malaysia didaftarkan sebagai Pemegang Gadaian Kedua
dan institusi kewangan berkenaan sebagai Pemegang Gadaian Ketiga.
| |
(xi)
|
Bagi
Kes Assignment, jika Hakmilik Individu / Strata telah dikeluarkan,
pinjaman / pembiayaan untuk kerja-kerja ubahsuai rumah hanya boleh
dipertimbangkan setelah Hakmilik Individu / Strata dipindahmilik kepada
nama peminjam / penerima biaya dan digadaikan kepada Kerajaan Malaysia.
| |
(xii)
|
Bagi
kes bayaran balik pinjaman / pembiayaan perumahan yang sedia ada yang
belum lagi diselesaikan sepenuhnya, skim pinjaman / pembiayaan sama ada
SPPP atau SPPPI hendaklah mengikut skim pinjaman / pembiayaan yang sedia
ada.
| |
(xiii)
|
Kerja-kerja
ubahsuai rumah hanya boleh dimulakan selepas surat tawaran kelulusan
pinjaman / pembiayaan dikeluarkan oleh Bahagian Pinjaman Perumahan
Perbendaharaan.
| |
(xiv)
|
Permohonan ubahsuai rumah bagi pembiayaan bersama (SPPI), hendaklah dipohon secara bersama oleh suami isteri.
| |
(xv)
|
Permohonan
hendaklah sampai ke Bahagian Pinjaman Perbendaharaan ( BPP) tidak lewat
dari enam (6) bulan sebelum tarikh bersara bagi pemohon yang memiliki
skim jawatan tetap dan berpencen.
| |
(xvi)
|
Tawaran
pinjaman / pembiayaan hanya berkuatkuasa selepas peminjam / penerima
biaya menyempurnakan Borang Setuju Terima Pinjaman / Pembiayaan
(Lampiran E) dan dikembalikan kepada BPP
| |
(xvii)
|
Pinjaman kerja-kerja ubahsuai tidak dibenarkan untuk pembelian ataupun pembinaan aksesori rumah.
| |
4. | Jenis-Jenis Pinjaman /Pembiayaan |
5. | Kelayakan Pinjaman/Pembiayaan |
Sila pastikan bahawa AMAUN KELAYAKAN pinjaman/pembiayaan adalah berdasarkan kepada GAJI HAKIKI SEMASA permohonan
| |
Sila rujuk Pekeliling Perbendaharaan SPPP bil 6/1995 @ SPPPI bil.10/1994
| |
Amaun
pinjaman/pembiayaan yang ditawarkan adalah berdasarkan pada amaun
terendah diantara kelayakan/harga rumah/bakihutang bank @ laporan
penilaian.
|
No comments:
Post a Comment